Home Nasional Ini contoh makanan PKP untuk mahasiswa UM, bukan tidak bersyukur tapi…

Ini contoh makanan PKP untuk mahasiswa UM, bukan tidak bersyukur tapi…

Luahan seorang mahasiswa Universiti Malaya tentang makanan yang diberi percuma kepada mereka.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang netizen memuatnaik gambar makanan yang diagihkan kepada penuntut Universiti Malaya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media sosial telah mengundang kemarahan para netizen.

Dia yang menggunakan akaun @wegogreenxox itu memuatnaik gambar tersebut dengan kapsyen ‘ni contoh makanan pkp untuk mahasiswa UNIVERSITI MALAYA yang duduk kat kolej kediaman ya!’ bukan tak bersyukur tapi itu la…’.

Rata-rata netizen yang sempat melihat paparan gambar dan kapsyen itu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak bersyukur apatah lagi juadah yang disediakan secara percuma itu lengkap sayur dan ayam.

Malah ada yang mengkritik pemilik akaun yang didakwa penuntut UM itu sebagai bersikap keterlaluan kerana kerajaan telah memperuntukkan makanan percuma sebanyak tiga kali kepada mereka berbanding orang lain yang hidup susah tidak mempunyai sebarang makanan.

Seorang pelayar netizen yang mendakwa salah seorang pengusaha kafe di UM turut mengulas isu tersebut.

“Maaf sebab lambat. Saya salah seorang pengusaha kafe di UM. Saya sertakan harga yg dikeluarkan oleh pihak UM. Sebarang pertanyaan boleh dm saya.. kot2 nak order briyani, nasi arab, chicken chop pon abang boleh sediakan. Pape roger,” tulisnya.

Beliau turut memuatnaik harga yang telah ditetapkan oleh UM untuk kolej kediaman UM sepanjang tempoh PKP iaitu sebanyak RM3 untuk sarapan pagi dan RM6 masing-masing untuk makan tengahari dan malam.

 

Tinjauan di laman Twitter mendapati akaun tersebut telah dipadam atau tidak lagi aktif. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Segelintir, kerajaan mengutip mereka dari pendalaman, dari setinggan dan diberikan asrama penuh, bantuan penuh itu ini oleh kerajaan.

    Hati2 memberi bantuan, takut2 nanti mereka ini MUNGKIN akan menjadi golongan liberal, LBGT, golongan pemfitnah atau yang paling kuat menentang.

  2. Tak peliklah budak2 UM ni mmg majoriti anti segala parti yg bukan PH

Comments are closed.