Beberapa agensi penguatkuasa melakukan operasi nyah cemar di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 dalam usaha membendung penyebaran wabak Covid-19.
Antara agensi yang terlibat dalam operasi tersebut iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Penerangan Malaysia.
Seramai 42 anggota Hazmat dari beberapa balai di Selangor terlibat dalam operasi berkenaan manakala MPKj dianggotai 12 orang dan dua lagi pegawai dari KKM.