KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksana ketika ini disaran agar disambung sehingga berakhirnya sambutan perayaan Aidilfitri.
Bagaimanapun saranan itu merupakan undian yang dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Twitter @MarkasATM.
“Balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.
“Disarankan agar PKP disambung sehingga berakhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Sekiranya tidak..usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan menjadi sia-sia. Wabak ini akan terus merebak,” demikian ciapan di laman sosial berkenaan.
Turut disertakan butang untuk dipilih sama ada orang ramai bersetuju atau tidak dengan saranan tersebut.
Cadangan itu baru sahaja dimuat naik di laman sosial beberapa minit yang lalu. – MalaysiaGazette
Lanjut…
Selagi ade kes baru kita perlu ketatkan pkp dg radius dikecilkan hingga 5km radius. Kalau tidak sesia sja selama ni. Beli brg keperluan masa bg 3 jam je
Setuju
Memang betul. Waktu perayaan mmg heaven Utk virus ni spread
Setuju lanjut. Kalau tidak sia sia Pkp yg dilaksana sekarang. Kita tahu China ambil masa lebih 3 bulan utk kawal wabak. Lebih 3 bulan tu bukan Pkp tapi total lockdown. Perintah berkurung 24 jam. Kalau China buat Pkp rasanya 6 bulan belum tentu dpt kawal. Jadi setuju lanjut dgn di perketatkan lg
Sangat setuju
Setuju sesangat.
Setuju sangat,, biar lah kita korbankan sambutan dan keseronokan Hari Raya aidul fitri pd tahun ini.. tengok situasi skrang mcm belum pulih sepenuhnya,, moga Hari Raya aidul adha kita semua dpt menyambutnya