KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan aktiviti ekonomi dijalankan semula di kawasan tertentu dan ia bakal merangkumi sektor perkhidmatan dan pengeluaran.
Sinchew Daily melaporkan, berita menggembirakan itu bukan sahaja melibatkan kawasan hijau, tetapi juga melibatkan tempat yang belum mencatatkan kes kematian.
Penyambungan kegiatan ekonomi dan industri itu dijangka mengambil tempat secara berperingkat.
“Selain perusahaan besar, sederhana dan kecil, perkhidmatan lain yang tidak melibatkan keperluan asas tetapi diperlukan rakyat seperti dobi, kedai gunting rambut dan bengkel kereta juga akan dibuka semula secara berperingkat.
“Kerajaan akan mengumumkan prosedurnya selewatnya-lewatnya pada esok (9 April) malahan seawal 8 April kerana kerajaan sedang menyediakan kenyataannya,” kata sumber.
Difahamkan, Kabinet yang menerima taklimat mengenai COVID-19 pada Rabu telah berbincang mengenai bagaimana memulihkan rentak ekonomi negara.
Kerajaan sebelum ini memberitahu bahawa akan mengumumkan pada 10 April sama ada perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan. – MalaysiaGazette
Tindakan bijak!!