Home Dunia Perancis dijangka sambung perintah berkurung

Perancis dijangka sambung perintah berkurung

Press Conference of Emmanuel Macron President of the French Republic, Italy-France Summit in Naples, February on 27,2020 (Photo by Paolo Manzo/NurPhoto via Getty Images)

PARIS – Berikutan penambahan mendadak kes positif Covid-19 iaitu melebihi 3,800 kes, Perancis dijangka bertindak melanjutkan perintah berkurung bertujuan memperlahankan penularan koronavirus di negara ini.

Agensi melaporkan, ketika ini di Perancis sahaja sebanyak 10,869 kematian di laporkan dengan pertambahan 541 kes untuk tempoh dua hari.

Malah ketika ini, Perancis juga menduduki tempat ke-4 ranking dunia dengan kes positif Covid-19 sebanyak 112,950 selepas Jerman dan Itali.

Presiden Emmanuel Macron dijangka menyampaikan perutusan serta hala tuju negara khasnya dalam menangani wabak pandemik hari ini waktu tempatan.

Di Paris, perintah berkurung telah mula dikuatkuasakan sejak 17 Mac lepas dan sepatutnya tamat pada 15 April ini namun melihat pertambahan mendadak khasnya angka kematian baharu, perintah ini dijangka disambung ke satu masa kelak.

Amerika Syarikat (AS), Itali, Jerman dan Sepanyol masih merekodkan ratusan kematian setiap hari selain beratus ribu pertambahan kes di negara-negara Barat sejak Mac lepas.

AS sahaja mempunyai lebih 430,000 kes positif dengan kematian 14,788 ketika ini malah kadar kematiannya agak mengejutkan apabila mencecah lebih 1,000 orang tiap hari.

Bagaimanapun situasi itu mulai menurun di Britain, yang menyaksikan 936 kematian semalam dengan Perdana Menteri, Boris Johnson turut dijangkiti Covid-19 dan dirawat di ICU masuk hari ketiga semalam. –MalaysiaGazette