Seorang wanita berusia 23 tahun merupakan antara yang maut akibat wabak pandemik Covid-19 dengan jumlah keseluruhan angka korban wabak itu sebanyak 67 kes setakat ini.
Wanita itu juga dikatakan masih lagi menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan menetap di Kota Samarahan menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa yang sudah mempunyai latar belakang penyakit tiriod juga telah ‘lambat’ mendapatkan bantuan dari hospital.
“Mangsa perempuan ini mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 dan merupakan generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching.