Sebanyak RM30 juta bantuan berupa makanan telah disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan Cocid-198.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, bantuan itu telah disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Lebih daripada RM30 juta bantuan di mana kita telah edarkan di seluruh negara termasuk sampai ke kawasan jauh di pedalaman.