Home Utama Ada beri alasan Tesco tak siang ikan, kena pergi pasar

Ada beri alasan Tesco tak siang ikan, kena pergi pasar

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal memantau kenderaan yang masu pada sekatan jalan raya OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 masuk hari ke 24 susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara. foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2020.

PETALING JAYA – Penduduk Damansara serta Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dinasihatkan supaya memberi kerjasama dan memahami situasi semasa kes Covid-19 dengan tidak keluar dan merentasi sempadan penempatan mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kesal kerana ada juga penduduk dari TTDI pergi membeli belah di Pasaraya Tesco di Mutiara Damansara atas alasan sudah biasa ke kawasan itu.

“Penduduk kawasan jiran (TTDI) datang di sini untuk membeli-belah di Tesco di sini (Mutiara Damansara). Jadi, kami sarankan mereka supaya beli di kawasan terdekat dengan mereka memandangkan hasil perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Brickfields mendapati kes positif di TTDI rendah berbanding Mutiara Damansara.

“Jadi, kita tidak mahu risiko itu mereka ke TTDI dengan datang ke Mutiara Damansara. Harap penduduk TTDI, Damansara Heights dan Bukit Damansara faham situasi dan elak masuk kawasan ini.

“Malah pelik ada juga penduduk di Mutiara Damansara ingin ke pasar di sini dengan alasan Tesco sini tidak siang (bersih perut) ikan, di pasar ada siang ikan. Maka saya nasihatkan encik tolong beli ikan dan sianglah ikan itu sendiri..mereka faham dan akhirnya berpatah balik,” katanya ketika ditemui di sini pagi ini.

Terdahulu beliau telah hadir memantau sekatan jalan raya Op Covid-19 menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekatan baharu di kedua dua arah Jalan PJU7/1, Mutiara Damansara dengan dibantu polis dan Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bermula hari ini.

Nik Ezanee juga menyatakan polis sedang merancang untuk melaksanakan konsep peronda pejalan kaki di kawasan tertentu mengawal pergerakan awam serta pemantauan umum.

Katanya, ia masih dalam proses cadangan serta kajian melibatkan lokasi strategik dan kekuatan anggota yang diperlukan.

“Ada satu lagi rancangan yang saya tengah fikirkan dan masih rancang serta kaji iaitu buat point duty (peronda pejalan kaki) maknanya saya akan tempatkan beberapa anggota terutamanya tentera dan sebagainya meronda secara berjalan kaki.

“Saya kena tengok dulu keadaan macam mana dan kena kaji kemudian barulah saya akan letakkan dalam satu MPV dan dimana mereka akan berhenti dari MPV dan meronda jalan kaki masa tertentu sebelum ke tempat lain.

“Apabila selesai kajian barulah kita akan membuat percubaan.saya kaji dulu dan baru buat trial. saya kena tengok dari segi kekuatan anggota, logistik, saya perlu mengenalpasti kawasan yang sesuai dilaksanakan point duty tersebut,” tegasnya.-MalaysiaGazette