Home Ekonomi Koronavirus: Dunia berdepan krisis paling buruk selepas Great Depression

Koronavirus: Dunia berdepan krisis paling buruk selepas Great Depression

Kristalina Georgieva. foto Agensi

NEW YORK – Pandemik koronavirus akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi global ‘negatif secara ketara’ tahun ini.

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva berkata, dunia kini berdepan dengan krisis ekonomi yang teruk sejak Great Depression (kemelesetan ekonomi dunia) yang berlaku pada tahun 1930-an.

Kenyataan itu dibuat menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Dunia.

Menurutnya, sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan oleh kebanyakan kerajaan menyebabkan banyak syarikat akan ditutup dan pekerja diberhentikan.

Bagaimanapun, beliau mengunjurkan pemulihan secara berperingkat-peringkat akan dapat dilihat pada tahun 2021.

Awal minggu ini, kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan 81% daripada 3.3% tenaga kerja di dunia akan terjejas selepas tempat kerja mereka sepenuh atau sebahagiannya ditutup akibat koronavirus.

Pasaran-pasaran baru muncul dan negara-negara membangun paling terkesan dengan penularan wabak ini, hingga memerlukan bantuan asing bernilai berbilion dolar.

“Tiga bulan lalu kami mengunjurkan pertumbuhan positif pendapatan per kapita di lebih 160 negara-negara anggota pada tahun ini.

“Hari ini, angka itu sudah berpusing, sekarang kami menjangkakan lebih 170 buah negara akan mengalami negatif dalam pertumbuhan pendapatan per kapita.

“Hakikatnya, kami akui ia adalah kejatuhan ekonomi paling buruk sejak Great Depression,” katanya.

Georgieva berkata, sekiranya pandemik ini semakin baik pada separuh kedua tahun ini, IMF menjangkakan pemulihan berperingkat-peringkat pada tahun lalu.

Namun, beliau tetap bimbang situasi semakin buruk.

“Saya menekankan bahawa ketidaktentuan mengenai tinjauan ini. Ia boleh menjadi lebih buruk bergantung kepada pelbagai faktor termasuk tempoh pandemik,” ujarnya. – MalaysiaGazette