Home Nasional Terbukti BN urus negara dengan baik, kata Najib

Terbukti BN urus negara dengan baik, kata Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Penarafan oleh Fitch Rating yang mengekalkan penarafan A- kepada Malaysia dan kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa fiskal negara kukuh, membongkarkan penipuan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini mendakwa Malaysia semakin bankrap dan tidak diuruskan dengan baik oleh Barisan Nasional (BN).

Serentak itu, Datuk Seri Najib Razak menegaskan rekod BN adalah baik sepanjang memerintah negara kerana berjaya mengurangkan defisit kerajaan selama lapan tahun berturut-turut dari -6.7% ke -2.8%.

Tetapi, kata beliau, pentadbiran PH yang gagal kerana menaikkan defisit kerajaan ke 3.7% pada tahun 2018 dan 3.4% pada tahun 2019 dengan berbelanja jauh lebih besar.

Katanya, jika PH tidak menjual aset negara dan tidak menjarah rizab tunai RM174 bilion Petronas, defisit untuk tahun 2018 dan 2019 akan menjadi jauh lebih besar.

”Saya tahu ada penulis media sosial PH yang kata mereka terpaksa jarah Petronas untuk membayar balik refund GST.
(Hanya penulis media sosial yang berani jawab ini kerana pemimpin PH tak akan berani jawab kerana akan kantoi teruk)

”Tapi tanya mereka kenapa pulak perlu jarah sebanyak RM82 bilion untuk membayar balik RM19.2 bilion GST, apa terjadi dengan kutipan GST bulan Mac 2018, April 2018 dan Mei 2018 yang mereka tidak bayar balik dalam tahun 2018 dan bagaimana kerajaan PH tanggung kos tax holiday (pelepasan cukai) 3 bulan serta kutipan hasil yang lebih rendah setelah mansuhkan GST pada tahun 2018,” soal bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, kebenarannya ialah PH telah menggunakan baki wang GST RM22.85 bilion yang ditinggalkan BN pada PRU-14 serta kutipan GST untuk bulan April dan Mei 2018 untuk membiayai defisit dan pelepasan cuka 3 bulan.

Sedangkan, PH mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar RM19.2 bilion yang dituduh oleh Lim Guan Eng sudah dirompak BN.

”Ya, PH telah gunakan wang itu tapi tipu bahawa BN rompak pulak. (ya, cukup untuk membayar RM19.2 bilion yang dituduh Guan Eng sudah dirompak BN)

”Sebab itu, laporan PAC kata RM19.2 bilion itu tak dirompak seperti dituduh PH,” ujar Najib. – MalaysiaGazette

Fitch sahkan penarafan Malaysia ‘A-‘, unjur pertumbuhan 5.8% tahun depan

11 Komen

  1. Insyallah, bagusla klu dah baik bn tadbir,tpi,jgn pula naikkn harga brgn runcit mknn harian,cukai2 itu, inilah,buat dalih sebb itu, sebb ini terpaksa di naikkn cukai,cukup2,jgn tambah beban Rm 1MDB,TH,FELDA,berlambak2 beban hutang sapa nak menanggung bayar hutang semua tu?,,bertong2,tas tgn, anting2,kondominium,besor2,kereta mewah,baru,Mecdis 14 buah, dah tu kasi lagi Rm, 50.000 ribu tiap2 soghang exkco krjaan, Rm, 90 juta, Rm 2.6billion,,entah apo2 berasap berterbangn ke udara…..bagaimna? Tuuu? Nak jwb di depan Allah di pdg mahsyar nanti,?

  2. Jgn jd bodohlah yakin saleh benda dlm kes lg belum tentu lg kebenarannya .. nanti kau yg patut jawab dipadang mahsyar didepan allah kerana terikut2 dgn fitnah org … jgn jd golongan munafiklah yskin ssleh .
    Klu lim guan eng hsncurkan negara dgn menjual aset2 negara kau tak merapu pilak .. dah terlebih minum air kenching haanching ke .. hahahaa

  3. Bila menulis di laman sosial.
    Hebattttt..
    Tok jib mengalah kan pakar segala pakar.
    Bila dimahkamah,
    Macam tikus mondok yg sakit tekak
    Semedang lupa & tak tahu.
    Tok jib.
    Ambil rahmat bila 22 bln ph ambil alih kerajaan dari pada kamu.
    Maka terbongkarlah puluhan kes rasuah & penyelewengan projek termasuk isteri kamu.
    Siapa isteri kamu…menteri ekonomi ke ?
    Kes kamu & isteri masih dibicarakan dimakamah.
    Semua org tahu.
    Kamu bercakap manis tapi buntut mu dah penuh dgn najisss.
    Oleh sbb itu..
    Usia mu sudah dipenghujung.
    Tak payahlah nak berteori-teori lagi.
    Masa kamu utk semua itu talah tamat.
    Skrg tugas kamu.
    Jaga & bimbing keluarga kamu yg dulu kamu abaikan.
    Jaga & jawab apa saja kes kamu dimahkamah.
    Jaga & soal jawab lah apa saja hal negara di parlimen.

    Kerana apa yg kamu lakukan sekarang.
    Akan diminta oleh Allah pertanggungjawaban nya nanti.

    Cukuplah….
    Bersyukurlah Allah bagi umno jatuh.
    Agar pemimpin & penyokong umno ingat.
    Wang bukan raja.

  4. Nama nya Ariff tapi otak letak kat bontot. Sama mcm Macai2 Ph. Semua suka duduk dan main Bontot. Kahakkkkk Ptui

  5. Memang lah, bn urus negara dengan baik, tapi pm waktu itu, kaki songlap….. Ke guane najib?

  6. Fitnah itu lebih besar dosa nya daripada seorang pembunuh. Doas tak diampuni selagi tidak mohon maaf kepada yg.di tuduh.
    Solatnya tidak di terima selagi tidak memohon maaf kepada yg.di fitnah.
    Sesorang hamballah tidak boleh di anggap bersalah selagi tiada bukti kukuh dan saksi
    Saksi yg.benar yg.tidak mendustakan antara satu sama lain.
    Sesungguhnya azab Allah itu nyata. Buktinya,kerajaan yg.angkuh dan penuh dusta pada rakyat nya akan di hapuskan.Itulah janjinya. Waullahhu alambisawab.

  7. Kpd yakin salleh, arif abd muluk & abd halim hashim cukup2lah jadi bodoh, tinggalknlh sedikit bodoh kau tu kpd kwn2 macai kau yg lain…Kenapalah kamu bodoh sht dn berterusan nk jadi bodoh…Lain kali kalu nk tgok prestasi ekonomi kau rujuklah fakta2 dari vadan yg diiktiraf spt bnk negara, bursa shm, rizab petronas, rizab negara dn kau bndingkn angka yg ditinggalkn oleh bn kpd KERE………..jaan ph tu brapa…Jgnlh kau dgr dari mulut penipu pemimpin2 kau yg xberasaskn fakta yg sahih, semua fkta pemimpin kau kuar dari dlm kpla mereka yg memang PENIPU TEGAR tegar terutamanya siBANGKA TUA yg tak insaf2 tu…TOLONG CERDIK SIKIT ..

  8. Org PH ni aku tengok hati dia penuh dengan kebencian..sbb tu cahaya kebenaran dan fakta tak boleh masuk.. Mungkin juga takut dapur tak berasap sbb itu aje sumber pendapatan keluarga.. Berhentilah bekerja dgn kafir dan munafiq semua tu.. Jgn risau rezeki Allah yg halal itu luas.. InsyaAllah k’jaan PN akan sediakan 1 juta peluang pekerjaan slps habis tempoh PKP

Comments are closed.