Home Dunia AS rekod kes kematian harian tertinggi di dunia

AS rekod kes kematian harian tertinggi di dunia

Dr Deborah Birx

WASHINGTON – Amerika Syarikat menjadi negara pertama di dunia yang merekodkan lebih daripada 2,000 kematian koronavirus dalam satu hari.

Data daripada Johns Hopkins University menunjukkan 2,108 orang meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu sementara  terdapat lebih daripada setengah juta orang disahkan dijangkiti wabak itu.

Amerika Syarikat telah mengatasi kes kematian di Itali.

Tetapi pakar Pasukan Petugas Covid-19 White House mengatakan wabak itu mula menyerang di seluruh negara itu semakin stabil.

Dr Deborah Birx berkata, ada tanda-tanda yang baik bahawa wabak itu semakin dikawal.

Namun, beliau memberi amaran bahawa Amerika Syarikat masih belum mencapai tahap kemuncak penularan virus itu.

Presiden Donald Trump berkata, negara itu merekodkan angka kematian yang lebih rendah daripada ramalan awal iaitu 100,000.

Katanya: “Kami melihat tanda-tanda jelas strategi agresif kami dalam menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya”. – MalaysiaGazette