NOVOSIBIRSK – Kebakaran besar ‘menelan’ sebahagian besar bangunan penjara di Siberia selepas rusuhan berlaku dalam kalangan banduan yang tidak berpuas hati dengan layanan pengawal.
Tiga bangunan runtuh termasuk kilang kayu, menurut agensi berita Tass.
Kawasan sekitar Penal Colony No 15 di Angarsk telah dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.
Difahamkan ada yang terkorban dalam kebakaran tersebut tetapi angkanya tidak dapat dipastikan.
Penjara Rusia berkata, banduan-banduan telah “menyerang seorang pengawal” yang kini telah dikejarkan ke hospital.
Rusuhan itu berjaya dikawal dan para penyiasat sedang melakukan siasatan.
Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa rusuhan berlaku selepas seorang banduan dipukul oleh pengawal penjara.
Satu kumpulan menerbitkan pautan video mengenai seorang penghuni dengan berdarah di sekitar lengannya didakwa telah tercekik dan dipukul oleh pengawal-pengawal penjara dan kemudian memotong pergelangan tangannya sebagai protes.
Penjara yang terletak 2,500 batu (4,000km) di timur Moscow, dihuni kira-kira 1,200 orang banduan. – MalaysiaGazette