Home Dunia Covid-19: Penarikan semula sekatan terlalu awal boleh cetuskan banyak kematian

Covid-19: Penarikan semula sekatan terlalu awal boleh cetuskan banyak kematian

Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

GENEVA- Penarikan semula sekatan perjalanan terlalu cepat dikhuatiri mencetuskan “kebangkitan maut” dalam jangkitan Covid-19.

Amaran itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Katanya, semua negara harus berhati-hati dengan pelonggaran sekatan walaupun beberapa sedang bergelut dengan kesan ekonomi.

Negara-negara yang paling teruk dilanda wabak koronavirus di Eropah ialah Sepanyol dan Itali. Kedua-duanya mahu melonggarkan beberapa langkah, walaupun sekatan perjalanan masih diteruskan.

Di seluruh dunia terdapat 1.6 juta kes coronavirus dan 101,000 kematian.

Bercakap dalam sidang media di sini, Dr Tedros mengakui terdapat penurunan kes koronavirus di beberapa negara Eropah.

Katanya, WHO sedang bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan untuk melaksanakan strategi bagi penarikan semula peraturan sekatan tetapi ia tidak boleh dilaksanakan terlalu cepat.

”Penarikan sekatan terlalu awal akan mengakibatkan bencana kematian. Ia akan menjadi bahaya jika tidak diuruskan dengan betul,” katanya.

Sepanyol sedang merancang untuk membenarkan pekerja-pekerja bukan sektor utama termasuk kilang pengeluaran dan pembinaan kembali bekerja mulai Isnin ini.

Negara itu merekodkan kadar kematian sebayak 17 kes semalam dengan 605 kes kematian.

Sepanyol merekodlan 15,843 kes kematian berkaitan dengan virus itu.

Perdana Itali, Giuseppe Conte pula melanjutkan sekatan perjalanan sehingga 3 Mei tetapi perniagaan-perniagaan tertentu akan dibenarkan beroperasi mulai Selasa depan. – MalaysiaGazette