Home Nasional Penghantar makanan ditangkap, air ketum dirampas

Penghantar makanan ditangkap, air ketum dirampas

drunk driver Perodua Bezza SKVE hit and run motorcyclists driving against traffic assault

KUALA LUMPUR – Polis merampas sebotol air ketum dan menahan seorang penghantar makanan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan di Putrajaya kelmarin.

Ketua Polis Daerah IPD Putrajaya, ACP Rosli Hassan yang mengesahkan tangkapan itu berkata, air ketum bersukatan 1 liter itu ditemukan di dalam di kotak yang dipasang di tempat duduk pembonceng.

Menurut beliau, lelaki yang ditahan Khamis lalu kira-kira pujuk 1.15 petang itu kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki cecair dipercayai air ketum.

“Soalsiasat awal di tempat kejadian mendapati lelaki tersebut mengaku cecair di dalam botol tersebut adalah air ketum.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwaraya, Jabatan Peguam Negara untuk keputusan kelak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rosli berkata, dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihak polis sentiasa komited dalam membanteras jenayah dan dadah.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah atau dadah diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Hotline IPD Putrajaya di talian 03-8886 2145 / 03-8886 2213 atau menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan. – MalaysiaGazette