KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan ada usaha untuk mengajak rakyat Malaysia supaya beramai-ramai menghasilkan video pendek bagi mengkritik Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang ditularkan baru-baru ini.
Tambahan dakwaan penyediaan dana atau habuan untuk video pendek dari rakyat itu adalah tidak benar kerana PKR tiada keupayaan kewangan seperti itu.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, rakyat mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk berfikir secara rasional dan kritis.
”Apabila melihat kelemahan-kelemahan PN di dalam mengendalikan krisis yang mengancam negara dan nyawa rakyat, sudah pasti mereka akan menyuarakan kritikan.
”Apabila menteri-menteri PN menyuarakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti meminum air suam akan membantu membunuh virus, atau saranan kementerian untuk para isteri membuat suara Doraemon, atau melakukan sanitasi jalanraya dengan membazirkan peralatan perlindungan diri, atau mengajak mahasiswa bermain TikTok, atau yang terbaru tindakan UMNO menyerang Dr. Musa Nordin – pasti rakyat tidak berdiam diri.
“Kita yakin rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk mengkritik tindakan-tindakan yang memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Justeru, beliau menyeru PN untuk bersikap positif menerima kritikan rakyat dengan hati dan minda terbuka dengan cuba memahami kritikan-kritikan tersebut dan melakukan pembetulan-pembetulan perlu.
Katanya, PN jangan menjadi terlalu sombong sehingga menganggap kerajaan tahu segala-galanya.
Ujar beliau, cubaan mengalihkan kritikan untuk menyerangnya dan PKR sudah pastinya adalah lebih malang kerana pada saat ini kita harus memfokuskan kepada ikhtiar membendung penularan wabak dan menyelamatkan negara, bukan bermain politik.
”PN harus insaf bahawa rakyat tidak lagi boleh dimomokkan dengan mantra “the government can do no wrong”. Jangan memandang rendah kebijaksanaan rakyat. Itu adalah amalan politik usang dan lapuk. Ini yang membezakan di antara kerajaan yang dipilih melalui mandat rakyat dengan kerajaan pengkhianat mandat rakyat.
”Kerajaan yang ditegakkan dengan mandat rakyat akan menerima rakyat sebagai “partners in struggle”, sementara kerajaan pengkhianat tanpa mandat akan melihat rakyat sebagai ancaman,” tambahnya.
Semalam, sebuah portal melaporkan ada pemimpin dan parti politik mahu melancarkan kempen, termasuklah menyeru pemimpin parti menghantar video pendek kritikan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang kini berdepan dengan krisis paling serius dalam sejarah moden beberapa hari selepas mengangkat sumpah jawatannya.
Parti itu menggesa ahli parti itu terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19, yang memaksa kerajaan serata dunia mengumumkan pelan penyelamat bernilai berbilion dolar kerana memikirkan ekonomi global mungkin runtuh. – MalaysiaGazette
Tiba2 Sam ketot banyak mulut sekarang… masa PH memerintah, 1 ayat pun tak keluar.. melainkan masa kes jemin
Sam Ketot ni kalau sembang, Suupppp…!! Babi, Lembu, Kekdai, Biawak semua boleh terbang. Cakao saja, tapi apa pendekatan yang pKR khadnya dah PH amnya dah buat untyk bantu kerajaan (yang dituduh pengkhianat mandat rakyat) membanteras penularan pendemit Covid-19 yang disebabkan tamak haloba bekax PH7 dan pemimpin PH yang memandang duit pelancung dari China dan Wuhan lalu menghampar karpet merah mengimport wabak ini hingga menyiksa rakyat kini. Ini mahu dinafikan, wahai Sam Ketot..?