Dua penghuni di Selangor Mansion disyaki mempunyai simptom jangkitan Koronavirus 2019 (Covid-19) dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Mereka dibawa keluar sekitar 11.30 pagi tadi menggunakan ambulans Pejabat Kesihatan Setapak Wilayah Persekutuan.
Ambulans itu memasuki Jalan Masjid India dan berhenti di hadapan Balai Polis Masjid India yang mana terletaknya bangunan Selangor Mansion sekitar 11.10 pagi tadi.