LONDON – Pemain pinjaman Manchester United Odion Ighalo mengakui dia masih lagi belum mendapat tawaran kontrak baru daripada kelab itu walaupun tempoh pinjamannya akan berakhir pada bulan depan.
Sejak Januari lalu, Ighalo telah ditandatangani oleh United dari kelab China, Shanghai Shenhua yang dipinjamkan sehingga akhir musim 2019-20.
Ighalo mendedahkan dirinya tidak pasti sama ada dirinya akan kekal di United musim depan kerana buat masa ini dia belum menerima tawaran kontrak tetap dari United.
“Tidak ada tawaran lagi kerana musim ini masih berjalan dan saya belum menamatkan pinjaman saya, saya tidak membuat keputusan semata-mata dalam hidup saya, saya mempunyai prinsip dan tuntutan untuk semua yang saya lakukan, saya sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk membimbing saya,” kata Ighalo kepada Elegbete TV.
“Saya melihat banyak tweet mengenai masalah ini, saya melihat banyak orang berkata ‘kembali ke China’, ada yang mengatakan kekal di United.
“Adakah anda melihat saya mengatakan satu keputusan dan ketika ini saya tidak akan mengatakan apa-apa.Maka kita akan duduk dan berfikir mengenainya, berdoa untuknya dan apa yang Tuhan katakan saya perlu lakukan, akan mengikutinya,” katanya.
Namun, Ighalo menegaskan dia tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan mengenai masa depannya.
Dia memilih untuk menunggu hingga akhir musim.
“Saya tidak hanya duduk dan membuat keputusan, dan saya tidak peduli dengan apa yang orang katakan.Saya datang ke Manchester United untuk bermain dengan gaji yang dipotong kerana saya menginginkannya.
“Oleh itu, apa sahaja boleh berlaku tetapi saya mahu musim berakhir dan pinjaman saya berakhir. Kemudian kita akan melihat semua apa yang terjadi nanti.
“Saya tidak akan berbuat apa-apa keputusan
dengan keadaan tergesa-gesa.Saya perlu duduk dan menamatkan musim dengan baik, duduk bersama ejen saya dan lihat apa yang ada tentu saja ada kelab A, B, C, D dan itu kita mesti pilih. – MalaysiaGazette