KUALA LUMPUR – Kecekapan, keupayaan dan tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung wabak Covid-19 daripada terus meningkat adalah satu pencapaian luar biasa dan amat membanggakan.
Tatkala negara-negara maju sedang bergelut dengan virus maut itu, situasi di Malaysia lebih stabil.
Ini dibuktikan apabila kes-kes positif Covid-19 di Malaysia adalah pada kadar lebih rendah berbanding penanda aras yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kadar jangkitan kes di Malaysia adalah 7% berbanding 10% oleh WHO dan kadar kematian akibat wabak ini adalah 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.
Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail melahirkan rasa bangga dengan tindakan-tindakan proaktif KKM dan barisan-barisan hadapannya yang begitu komited dalam memastikan rantaian wabak ini dapat dibendung secepat mungkin.
”Kalau kita bandingkan kecekapan Malaysia dalam menangani wabak ini memang luar biasa, cukup proaktif sehingga mendapat pengiktirafan WHO.
”Malaysia mungkin jauh lebih baik jika kerajaan sebelum ini bertindak menutup pintu masuk Malaysia lebih awal memandangkan kes tercetus daripada 3 pelancong dari China.
”Tetapi secara keseluruhannya ini, standard sistem penjagaan kesihatan di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara-negara maju, termasuklah Amerika Syarikat, London, Itali dan sebagainya.
“Tiada perkataan yang mampu diungkapkan kecuali rasa bangga. Sangat, sangat bangga dengan KKM, juga seluruh kakitangannya,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Meskipun sukar dan getir untuk bertarung dengan wabak ini, beliau percaya dan yakin Allah mempermudahkan usaha-usaha KKM.
Ini kerana, berdasarkan perkembangan sejak awal penularan virus ini, KKM sudah cukup bersiap-sedia.
”Kita masih dalam gelombang kedua tetapi KKM sudah siap-siaga dengan kemudahan tambahan hospital. Ini menunjukkan Malaysia dalam keadaan bersedia untuk menghadapi gelombang ketiga,” ujar beliau.
Mengulas lanjut, Dr Ahmad Shukri berkata, kesungguhan dan keikhlasan KKM dan barisan hadapannya dalam memastikan keselamatan rakyat cukup dirasai sehingga membuat seluruh masyarakat terkesan dengan pengorbanan besar mereka.
“Walaupun kita akui barisan hadapan ini keletihan, penat menghadapi krisis ini secara berlarutan tetapi kita tahu semangat mereka kuat. Semangat mereka inilah telah menjadikan sebahagian besar rakyat mula akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Menilai kesukaran mereka, jerih, perih mereka menjadikan rakyat bagaikan satu pasukan bekerjasama, menyumbang tenaga, kewangan untuk menyediakan keperluan bagi memastikan barisan hadapan ini dapat bekerja dengan selesa dan selamat.
”Keadaan ini cukup mahal harganya kerana ia tidak berlaku di mana-mana kecuali di Malaysia,” tambahnya.
Tambah beliau, apabila krisis ini berlaku, beliau akui, sistem kesihatan Malaysia mungkin tidak mampu berada pada tahap ini tanpa komitmen besar oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah memperuntukkan belanjawan tinggi untuk kesihatan selama 60 tahun.
Dulu, katanya, ramai tertanya-tanya mengapa sektor kesihatan selalu mendapat bajet besar tetapi sekarang semuanya terjawab.
Jelas beliau, berbanding negara-negara maju, Malaysia mengamalkan sistem kesihatan dua peringkat iaitu hospital kerajaan dan klinik kerajaan serta hospital swasta dan klinik swasta.
”Dengan sistem dua peringkat ini, ia lebih mudah apabila berlaku sesuatu krisis kesihatan seperti hari ini,” jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, dengan nilai RM1, rakyat Malaysia boleh mendapatkan rawatan doktor dan RM5 untuk rawatan pakar.
”Inilah uniknya sistem kesihatan Malaysia,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Alhamdulillah. Terbaik KKM. Terima kasih amat sangat. Kita tunjuk kpd dunia bahawa Malaysia negara dunia ke 3 mampu bertindak lebih baik dari negara maju. Kita punya fasiliti, anggota Perkhidmatan perubatan yg cekap dan terlatih serta pelan strategik jauh lebih baik. Kerajaan kita melalui KKM telah punya Pelan Strategik Kecemasan Menangani Wabak yg telah di bentuk begitu baik sejak lama dulu jika tidak silap selepas Wabak virus Nipah. Pelan ini umpama pelan perancangan Perang. Bila berlaku kerajaan cuma “petik suis” sahaja dan komponen2 dlm pelan strategik ini berjalan mengikut peranan masing2. Syabas Malaysia. Alhamdulillah Allah berkati usaha kita. Kita rakyat perlu patuh arahan kerajaan bg memenangi perang ini dgn pertolongan Allah
Alhamdullillah..Aamiiinn..
Alhamdulillah…tahniah seluruh warga KKM!!
Dgn RM1 kita dapat perkhidmatan kelas dunia, jgn dilihat pada dinding klinik yg lama tak cat dan bangunan dibawah kolong, tapi pada nilai perkhidmatan kesihatannya . Harap menteri dapat lihat ruang2 yg boleh ditambah baik lagi, ramaikan doktor2 pakar dgn pantas, hilangan toxic2 yg tak diperlukan. Perkhidmatan cemerlang, dengan sumber manusia yg cemerlang. Lupakan doktor diluar sana yg suka mengata biarkn mereka di ivory tower mereka sendiri, paku dulang paku serpih mengata org melebih-lebih… podahh.
Alhamdulillah, Terbaik KKM
Alhmdulillah Aamiin3 Ya Robbal A’lamin..Sekalong tahniah yg tidak trucap unt KKM n para frontliner smua ..Allahuakbar..Hanya Allah yg membalas sglanya n mmberikn kesihatan serta keselamatan yg terbaik untuk mereka semua..Aamiin3..
Alhamdulillah.Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Terbaikk KKM!..#kitajagakita
kkm mmg terbaik..sya kerap kali masuk wad..sungguh teliti pemerkssan dan perubatan serta rawatan yg beri kpd setiap pesakit..aduhai rm 1 cas
Alhamdulillah, terbaik kkm, Syukur pd Allah, Tahniah pada barisan hadapan semoga Allah merahmati anda semua.