JOHANNESBURG – COVID-19 di Afrika Selatan kini meragut 25 nyawa dan kes positif berjumlah 2,028, kata Menteri Kesihatan lapor agensi berita Anadolu.
Zweli Mkhize berkata pesakit ke-25 meninggal dunia pada Sabtu di sebuah hospital di Cape Town.
Lelaki berusia 61 tahun itu mempunyai sejarah penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan obesiti.
Menurut menteri itu, Afrika Selatan telah menjalankan 75,053 ujian COVID-19 dalam tempoh dua minggu lalu.- BERNAMA