Kerajaan dinasihati supaya menungguhkan dahulu operasi secara berperingkat segala sektor ekonomi yang terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut di negara sekurang-kurangnya selama dua minggu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu perlu kerana ketika ini negara sedang memasuki fasa ketiga penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.
Di negara jiran, Thailand,di mana rakyatnya dua kali ramai dari Malaysia telah berjaya menurunkan jumlah kadar pesakit corvid19 sejak empat hari berturut turut dengan pukul rata 50 ( lima puluh ) orang sehari sahaja. Adakah PKP di Thailand , lebih berkesan? Dari statistik memang berkesan. Kerajaan Thailand telah istiharkan darurat seluruh negaranya dan tentera berjaga dengan ketat di semua 76 wilayah wilayahnya. Malahan,untuk bergerak dari satu daerah ke daerah lain, roadblock tentera dan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan giat (pengelaman sendiri tiga hari lepas,yakni pada 8 April ). Di Malaysia rakyat nampaknya , tidak takut dengan saman polis sebanyak RM1,000 kerana masih ramai yang engkar dan melanggar PKP. Semoga ATM ambil alih sepenuhnya dalam PKP untuk lebih berkesan dalam membasmi wabak Corvid19.