Home Dunia 3 daripada 70 vaksin koronavirus sudah diuji pada manusia

3 daripada 70 vaksin koronavirus sudah diuji pada manusia

CanSino Biologics antara syarikat ubat yang sedang membangunkan vaksin koronavirus. foto Agensi

NEW YORK – Terdapat 70 vaksin koronavirus sedang dibangunkan di seluruh dunia, dengan tiga vaksin telah diuji pada manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, salah satunya vaksin yang sedang dieksperimen oleh CanSino Biologics yang berpangkalan di Hong Kong dan Institut Bioteknologi Beijing, sudah berada pada fasa kedua.

Dua lagi yang diuji pada manusia adalah rawatan yang dibangun secara berasingan oleh pembuat dadah Moderna dan Inovio Pharmaceuticals di Amerika Syarikat.

Kemajuan pembangunan vaksin ini perlu dilaksanakan dengan pantas kerana jangkitan patogen tidak mungkin dapat ditangani hanya dengan melalui langkah-langkah pembendungan sahaja.

Sebelum ini, industri ubat mengeluarkan vaksin dalam pasaran dalam masa sekitar 10 hingga 15 tahun.

Pengeluar ubat besar dan kecil cuba membangunkan vaksin, yang mana akan menjadi cara yang paling berkesan untuk menangani virus.

Firma gergasi seperti Pfizer dan Sanofi mempunyai vaksin pada dalam peringkat pra-klinikal, menurut dokumen WHO.

Bulan lalu, CanSino menerima kelulusan pihak berkuasa China untuk memulakan ujian vaksin kepada manusia.

Manakala Moderna yang berpusat di Cambridge, Massachusetts – yang tidak pernah mengeluarkan produk – menerima kelulusan pengawalseliaan bagi melaksanakan ujian kepada manusia pada bulan Mac lalu.

Sebelum ini, norma dalam pembangunan vaksin ialah setiap vaksin perlu diuji ke atas haiwan terlebih dahulu. – MalaysiaGazette

+ posts