Home Akhbar Cina Kelulusan operasi 48 jam

Kelulusan operasi 48 jam

Suasana di sekitar bandar Kajang lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak Covid-19. foto AFFAN FAUZI, 09 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan  Antarabangsa dan Industri akan menggunakan 48 jam untuk menyaring perusahaan yang memohon untuk beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan menterinya, Datuk Lim Ban Hong berkata, perusahaan yang menerima surat kelulusan dalam tempoh 48 jam selepas memohon akan dibenarkan beroperasi secara serta-merta.

Ditanya sama ada semua perusahaan yang menerima kelonggaran pada fasa ketiga mempunyai had hari untuk beroperasi, Ban Hong berkata, pada masa ini hanya hari operasi kedai dobi dan kedai gunting rambut dihadkan.

Beliau memberitahu China Press, perusahaan yang beroperasi perlu memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian, termasuk perlu menanggung kos rawatan pekerja yang dijangkiti COVID-19.

Jelasnya lagi, perusahaan mesti memohon secara individu dan bukan melakukan permohonan secara berkelompok melalui persatuan.

Ban Hong turut mengesahkan laporan bahawa semua perusahaan termasuk yang menerima kelulusan pada fasa awal perlu mengemukakan permohonan baharu.

“Sistem dan garis panduan baharu telah diperkenalkan di bawah fasa ketiga, maklumat lanjut akan diumumkan selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa pulak MITI yang mengawal perusahaan yang nak beroperasi… Bukan ke sepatutnya KPDNHEP ke yg patut kawal…

Comments are closed.