KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac (caruman April 2020) dari 15 April kepada 24 April 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesan
terhadap perniagaan di Malaysia.
Dalam kenyataan di sini, KWSP berkata, majikan boleh membuat bayuran caruman tersebut melalui laman sesawang KWSP iaitu e-
Caruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – MalaysiaGazette