PARIS – Jumlah kematian di Perancis akibat koronavirus meningkat pada kadar yang perlahan pada hari Ahad berbanding sehari sebelumnya.
Pihak berkuasa kesihatan awam mengakui sekatan perjalanan yang dijalankan telah menunjukkan keberkesanan.
”Data ini mengesahkan wabak terus berlaku di negara kita secara dinamik dan ia menyerang dengan begitu ‘ganas’.
“Langkah-langkah penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan mengurangkan kontak telah memberi kesan,” kata pihak berkuasa kesihatan dalam satu kenyataan.
Jumlah kematian yang termasuk data dari hospital dan pusat penjagaan naik sebanyak 561 kepada 14,393 pada hari Ahad berbanding 635 kes pada hari Sabtu.
Pihak berkuasa kesihatan berkata, sekarang adalah penting untuk terus berjaga-jaga kerana hospital masih menerima sejumlah besar pesakit. – MalaysiaGazette