LONDON – Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang mendapat suntikan semangat baharu untuk meninggalkan kelab tersebut musim depan.
Sky Sports melaporkan, nasihat itu datang daripada ketua negaranya sendiri iaitu Presiden Gabon, Pierre Alain Mounguengui yang menggesa Aubameyang meninggalkan Arsenal dan mencari pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.
Mounguengui berpendapat, Arsenal bukan kelab yang tepat untuk penyerang itu mencapai cita-citanya.
“Saya tidak mengatakan Arsenal tidak mempunyai cita-cita namun impian mereka tidak setinggi kelab-kelab lain di Eropah. Aubameyang pasti ada tempata jika dia menyertai pasukan lain,” katanya.
Aubameyang kini bakal memasuki tahun terakhiri bersama Arsenal dan kontraknya akan tamat pada akhir 2020/2021.
Namun pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu mengikat ketua pasukannya itu daripada pergi ke pasukan lain sebagai perpindahan percuma.
Aubameyang setakat ini tidak pernah berjaya memenangi sebarang kejuaraan bersama Arsenal dan Presiden Gabon menganggap ianya merupakan satu kegagalan secara kolektif buat seorang pemain yang bertaraf dunia. – MalaysiaGazette