Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa seramai 168 pesakit positif Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 2,276 kes.