TERKINI : 1732 Tangkapan Sepanjang PKP oleh Polis Selangor

Pematuhan rakyat Selangor terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sejak 18 Mac hingga 12 April lalu adalah pada tahap 92 peratus.

Jurucakap Polis Kontinjen Selangor Op Covid-19, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, jumlah itu boleh dilihat daripada jumlah laporan polis yang diterima oleh pihaknya sebanyak 1,546 sepanjang PKP yang diadakan bagi membendung penularan Covid-19.