TERKINI : Stok PPE Bertahan Dua Minggu Lagi – Ketua Pengarah Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bekalan Pakaian Pelindung Diri (PPE) hanya mampu menampung kegunaan pasukan ‘frontliner’ di hospital awam untuk tempoh dua minggu sahaja lagi.

Beliau turut berkata pihaknya perlu mendapat bekalan berterusan bagi memastikan ‘frontliner’ kerajaan dapat meneruskan tugas mereka dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 daripada terus meningkat.