TERKINI : Zoo Negara Terima Sumbangan RM1.3 Juta Dari Kerajaan – Shamsul Anuar

Sebagai langkah awal, kerajaan persekutuan hari ini menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli memberikan RM1.3 juta kepada Zoo Negara, Ampang, antara yang memerlukan bantuan kewangan.

“Kita menyerahkan cek RM1.3 juta daripada kerajaan sebagai tanda keprihatinan kita kepada Zoo Negara bagi mengatasi masalah yg sedang mereka hadapi.

Ini sumbangan daripada kerajaan dalam usaha membantu membolehkan zoo negara mengendalikan haiwan-haiwan di dalamnya.

“Dana ini ialah dana awal yang kita berikan dan saya percaya ia boleh digunakan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan sepanjang tempoh PKP,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Dana Bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Zoo Negara hari ini.