KUALA LUMPUR – Penarikan semula kebenaran operasi gunting rambut dan kedai cermin mata tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan pusingan U.
Pertimbangan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan kebimbangan rakyat Malaysia yang khuatir keputusan awal kerajaan akan memberi risiko penularan Covid-19 yang lebih meluas.
Selepas mengambil kira pandangan-pandangan tersebut, maka kerajaan menarik semula.
Keputusan ini bukan U-turn seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi mengambil kira pandangan kedua, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.
Oleh itu, semua pihak perlu berlapang dada dan realistik dalam isu ini memandangkan kerajaan tidak ‘segan’ pun untuk menarik keputusan awalnya.
“Sekarang adalah masa darurat, pertimbangan setiap keputusan adalah berdasarkan sifat bertolak-ansur.
”Selepas difikirkan semula pandangan rakyat, keputusan awal diubah kerana kalau diteruskan memang ada risiko,” jelasnya kepada MalaysiaGazette.
Dr Raduan menambah, rakyat juga tidak mahu ambil risiko kerana setelah hampir sebulan mereka sudah berkorban, jadi apalah sangat untuk menunggu dua minggu lagi.
Rakyat juga sangat mengharapkan rantaian wabak koronavirus ini dapat diputuskan supaya kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.
Lagipun, penarikan semula keputusan awal diterima baik oleh semua.
“Malah, hari ini kalau kerajaan maklumkan mahu melaksanakan total lockdown (sekatan pergerakan) sepenuhnya pun rakyat akan terima supaya kita dapat meneruskan kehidupan semula.
“Oleh itu, tiada keperluan untuk menganggap ia adalah keputusan pusingan U, ayat popular yang dulu kerap digunakan,” katanya yang menyifatkan keputusan kerajaan bersandarkan kepada pemikiran waras, rasional dan bertanggungjawab akan implikasi jika ia diteruskan. – MalaysiaGazette
Nampaknya rakyat lebih cerdik daripada pemerintah…. akhirnya pandangan rakyat juga yang diambil.kira …. baguslah sebagai satu pengajaran, lain kali fikir dulu sebelum bertindak …. sungguh memalukan … tapi tak mengapa kerajaan hari ini pun kerajaan jenis muka tak malu hasil daripada curi hak rakyat yang telah mengundi memilih kerajaan PH sebagai pemerintah dakam pru14 dulu
Salah tu bro .. Kami rakyat yg bertuah kerana Wakil rakyat yg kami pilih mengambil kembali drp org yang telah mengambil hak kami dengan tipu daya dan ngadu domba…
Tak malu berubah, ada yg tak malu tak berubah2… dah tiada kuasa bercakap seperti tiada yg berubah… malunya bukan kepalang bila tiada malu utk berubah…
Ada orang tak malu malu jadi barua DAP.
Bagus lah kerajaan yang mendengar jerit nadi rakyat yang dibawah, bukan macam setengah pihak janji nak tolong rakyat tetapi bukan tolong tipu lagi adalah.
Memang rakyat cerdik , cuma yg undi ph ka kirang sikit cerdik nya..sampai skg dah terlungkup kerajaan ph pun masih ada yg tak cerdik tu ..
Xbuat apa yg dijanjikan lagi malu kott..pastu, berbelit2 lidah nk merelevankan penipuan..sendri jd kerajaan sendri tumbangkan..tuduh org sana sini
Saya setuju apa dikomen olih Datuk Prof itu .
Dah lama tak dengar profesor-profesor kangkung menjilat kerajaan.
U-Turn la tu Prof ooi! Klau “dengar pàndangan rakyat” laín kali sebelum buat keputusan bangang dari budak mentah Azmin Ali tu tanya rakyat dulu. Tak payah nak U-Turn.