Home Nasional Cheras jalani proses nyah cemar

Cheras jalani proses nyah cemar

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan 49 Kg. Cheras baru, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di sekitar Cheras hari ini menjalani proses nyah cemar yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan Ops Sanitasi Awam berkenaan termasuk kawasan industri dan taman-taman perumahan seperti Taman Melur, Cheras Baru, Taman Bukit Permai dan Taman Lembah Maju.

Bermula dengan taklimat pergerakan pada pukul 8.30 pagi yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba I, Pejabat Zon 4, Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, anggota-anggota yang dibahagi kepada empat kumpulan bergerak ke lokasi masing-masing pukul 9.30 pagi.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan 49 Kg. Cheras baru, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 APRIL 2020.

Antara agensi yang terlibat dengan operasi selama tiga jam itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Ampang dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, operasi berkenaan berjalan dalam keadaan yang teratur dan selesai kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses dekontaminasi selepas selesai menjalankan selepas selesai menjalankan kerja-kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Jalan 49 Kg. Cheras baru, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 APRIL 2020.

Kesemua anggota yang terlibat dengan ops itu kemudian menjalani proses pembersihan diri serta kenderaan yang digunakan turut dilakukan pelaksanaan pembersihan fasiliti.

Seramai 62 anggota termasuk pegawai dari setiap agensi terlibat dalam operasi berkenaan. – MalaysiaGazette