Home Ekonomi Kadar pengangguran bulan Februari meningkat

Kadar pengangguran bulan Februari meningkat

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran pada Februari 2020 meningkat kepada 3.3 peratus berbanding 3.2 peratus pada
Januari 2020.

Pada bulan ini, bilangan penganggur adalah seramai 525.2 ribu orang, naik 2.6 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Kadar pengangguran pada Februari 2020 masih tidak dipengaruhi oleh kejutan dalaman yang disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 dan dijangka memberi kesan kepada kadar pengangguran bermula Mac 2020.

Bilangan tenaga buruh pada bulan ini meningkat 2.1 peratus kepada 15.87 juta orang berbanding Februari 2019.

Menurutnya, pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.1 peratus kepada 15.34 juta orang.”

Kadar penyertaan tenaga buruh pada Februari 2020 turun 0.2 mata peratus kepada 68.7 peratus berbanding bulan
sebelumnya, namun meningkat 0.2 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Februari 2019: 68.5%). – MalaysiaGazette