Home Ekonomi Sesiapa yang belum terima manfaat Prihatin, segeralah memohon

Sesiapa yang belum terima manfaat Prihatin, segeralah memohon

Tengku Zafrul Aziz

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz meminta semua rakyat dan usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang masih belum menerima manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk segera membuat permohonan.

Jelasnya, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi terbesar yang pernah dilaksanakan oleh negara-negara membangun.

Pakej rangsangan ekonomi di bawah Pakej Prihatin dan pakej tambahan untuk PKS yang berjumlah RM260 bilion atau kira-kira 18 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Ini adalah untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir ketika menghadapi krisis akibat penularan wabak Covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia.

Tambahnya, setakat 12 April lalu, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM8.6 bilion atau 25 peratus daripada jumlah peruntukan kepada Kementerian dan agensi pelaksanaan yang berkaitan.

“Meskipun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan akan memastikan jentera kerajaan terus beroperasi bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan langkah Pakej Prihatin, terutamanya langkah yang menyumbang kepada kebajikan rakyat dan peningkatan aktiviti ekonomi negara.

“Memandang ke hadapan, saya berharap agar rakyat dan PKS yang masih belum mendapat manfaat yang disediakan, segeralah membuat permohonan.

“InshaAllah, kita akan cuba sedaya upaya untuk mempertimbangkan semua permohonan,” katanya semasa perkongsian khas Pelaksanaan Pakej Prihatin menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Tambah Tengku Zafrul, kerajaan amat peka dan sentiasa mendengar suara rakyat yang berhadapan cabaran untuk mengakses bantuan di bawah Pakej Prihatin.

Kerajaan ujarnya, sentiasa memantau perkembangan-perkembangan tersebut melalui media sosial, media massa dan panggilan hotline bagi lebih memahami kekangan yang dihadapi oleh rakyat.

“Pada minggu lalu, antara isu utama yang berbangkit ialah status layak BPN di mana Kementerian Kewangan akan membuat semak silang kepada data LHDN tahun 2020,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. nak mohon kat mana tu. mohon dengan sprm ke. peneroka felda ada 120,000 yang dapat bantuan hanya 70,000 saja. apa beza mereka ni. mungkin termasuk lah aku yang tak dapat tu. 50,000 lagi orang kaya ke.

  2. Musa, kerajaan suruh daftar online paling senang. Hp pakai hari2 tp suruh daftar tak reti…data peneroka kau tahu..benda simple..daftar je itu pun kau bodo. Org cakap kau bodo kang ko marah. Apa ko ingat duit tu dtg sendiri masuk poket ko?

Comments are closed.