Home Utama DoJ pulangkan dana AS$300j milik 1MDB kepada Malaysia

DoJ pulangkan dana AS$300j milik 1MDB kepada Malaysia

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan sebanyak AS$300 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia.

Wang itu merupakan dana yang diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah inisiatif pemulihan aset kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, jumlah  tersebut merangkumi beberapa aset yang telah dilucut hak dan dijual serta aset 1MDB yang disita dan diserahkan kembali oleh individu tertentu yang dikaitkan dengan Jho Low.

Ia susulan penyelesaian DoJ dengan Jho Low pada 30 Oktober lalu dalam beberapa tuntutan pelucutan hak yang telah difailkan oleh jabatan itu ke atas aset-aset yang dibeli oleh ahli perniagaan yang dikehendaki itu dengan menggunakan dana 1MDB.

Perdana Menteri berkata, pemulangan wang itu bermakna dana 1MDB yang telah dikembalikan kepada Malaysia – sama ada dalam bentuk hasil proses penjualan atau aset secara keseluruhannya kini berjumlah AS$620 juta.

Proses untuk menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan atas keputusan penghakiman DoJ, ujar beliau.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Amerika Syarikat terutama kedutaan negara itu di Kuala Lumpur atas bantuan dan kerjasama utuh dalam melancarkan pemulangan wang berjumlah AS$300 juta ini.

”Saya juga berterima kasih kepada Menteri Kewangan Malaysia dan Peguam Negara atas peranan mereka dalam proses rundingan yang berkaitan,” tambah Perdana Menteri.

Katanya, usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan akan terus bekerjasama dengan DoJ dan agensi luar negara untuk membawa pulang lebih banyak aset entiti itu pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Propaganda yg memalukan.. Kalau tandatangan dgn arab dah setel dpt duit semua semula tapi tu la.. Propaganda..

  2. DSNR ada lah di pihak yg benar..Alhamdulillah.Yang memfitnah beliau harus di hadapkan ke muka pengadilan.

  3. Alhamdulillah. Cobaan Atuk Madey to ask US not to return the money bz Malaysia is having new gov tak berjaya. Terbukti Kerajaan “depan belakang” ini indirectly being recognised by US. Barua2 DAP sila ambil maklum

  4. Alhamdulillah…dgn berkat PM 8 TSMY berpegangkan hukum2 islam dlm jiwa beliau, In Syaa Allah rakyat Malaysia sentiasa bersama demi negara Malaysia….mentadbir negara dgn adil & saksama demi ummah.

Comments are closed.