KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan jumlah dana sebanyak AS$620 juta yang diterima oleh Kerajaan Malaysia hanya sebahagian kecil daripada AS$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020 berbanding jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik Kerajaan Abu Dhabi diteruskan.
Namun, katanya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata, Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) pada tahun lepas sedang setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Tegas Najib, kalau niat Kerajaan PH ketika itu untuk mendapatkan kembali wang berkenaan, sewajarnya perjanjian penyelesaian ini dipatuhi.
”Bergantung kepada DoJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.
”DoJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tetapi, kata Najib, niat Kerajaan PH ketika itu berlainan.
Ini kerana, jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka itu bermakna Najib tidak rompak apa-apa.
Dan, ia bercanggah dengan propaganda PH sebelum ini.
”Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
”Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DoJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekali gus seperti dalam perjanjian penyelesaian,” tambah Najib lagi sambil memberi tahu penerangan tersebut telah diulang banyak kali dan tidak pernah disangkal oleh PH.
Menurutnya, kerajaan sekarang sepatutnya meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang secara sekali gus dan bukannya dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.
Malah, dalam kenyataan itu, Najib berpandangan dana 1MDB yang masih diterima oleh kerajaan sekarang secara tidak langsung menyangkal tuduhan PH sebelum ini bahawa DoJ tidak akan meneruskan kerjasama atau kerajaan sedia ada tidak akan meneruskan usaha mendapatkan semula semua dana yang didakwa hilang. – MalaysiaGazette
diam lah jib stay at home
Jib boleh issue yur own kertas putih, full story mcm drama .. ni masa pkp ni byk org ada masa nk baca ke nk kutuk ke apa ke.. mana2 online leh siarkan. Kira menghina mhkmah ke tak tu pandai2 lh… berani kerana benar , ada juga berani menipu, berani berasuah ni paling bnyk kot tapi peliknya takde pulak sektor swasta ni yg kena (boleh percayake tak de). berani ni mcm2, besi pun berani gak..
Bodohlah komen puak2 macai taik pakatan ni, patut pn sedap sgt mnjilat taik madey, lge dan yg seangkatan dgnnya…wpun ditipu berkali2 oleh madey, lge & pemimpin pakatan taik yg lain, masih lagi nk percaya kpd penipuan drpd mmpercayai fakta..INI FAKTAnya nk bgtau kat maci2 ni…SATU..1MDB mmpnyai agreemnt dgn IPIC yg mna IPIC kena bayar kpd 1MDB atas wang yg diselewengkn oleh pngarah2 IPIC dn mngikut pjnjian trsbut ianya perlu dibayar sblum akhir thun ni ttpi kjaan taik GAGALKRASI pakatan pmpinan madey kerala dgn lge sI akauntan gagal tlh mmbatalkn perjnjian tersebut dan mngelkalkn seolah2 wang itu memang hilang demi mnjustifikasikn tuduhan madey kerala & lge dn kjaan GAGALKRASI bhw wang itu memang dirompk oleh DSN…Dan satu lagi DSN pn telah meminta lge supaya mempublikkn prjnjian dgn IPIC trsbut ttpi lge hnya mndiamkn diri..DAN SATU lagi knpa smasa perbicaraan kes 1MDB di bwh kjaan GAGALKRASI menyembunyikn jolo dgn nik faisal drpd dipanggil utk jadi saksi…KENAPA????????????
lu sapa, lu sapa… org punya barang.. bodoh sape punya .
Baca dah faham jika nk berpolitik faham dulu bukan mencaci.matang cikit wahai saudara ku
Orang hendak bayar hutang, tetapi orang yang bagi hutang tak nak pula duit. Baiknya sampai sangup halalkan hutang.
Weii.. Najib Tak payah la ko nk bela diri kat sini , najib ni dah tak layak nak cakap pasal 1mdb dihadapan umum, jawablah di mahkamah saje ade beraniderr,setel kan dulu kes ko yg keliling pingang tu dulu. Nanti bila ada macai ph komen macai ko pulak yg terasa lepas tu mulala cakap mendahalui mahkamah, apa kata ko jawab macam tu dimahkamah nanti kan senang. .masa ko berkuasa dulu ko tak pulak jawab macamtu pun.. dgn wartawan barat pun ko lari- lari macam anak kecil nk jawab isue 1mdb memalukan .mungkin Sekarang ko baru dapat idea nak jawab, kalau fitnah buktikan dan setelkan dulu dimahkamah, tak payah nak tunjuk pandai kat sini, dah terlambat derr
Shut up la Jib, sibokk aje , dhlh merompak buat bising lg