Home Politik Ratu Naga dakwa dipecat PKR tanpa notis dan alasan

Ratu Naga dakwa dipecat PKR tanpa notis dan alasan

Syarul Ema Rena

KUALA LUMPUR – Syarul Ema Rena yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa telah dipecat keanggotaan Parti Keadilan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau juga mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri selain langsung tidak menerima notis amaran sebelum dipecat.

Syarul Ema dalam kenyataan di laman Facebook berkata, tindakan pemecatannya itu dibuat berdasarkan Fasal 9.1 (D) perlembagaan parti itu dan surat pemecatan yang disertakan bersama hantaran itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution.

Surat pemecatan keanggotaan Syarul Ema dalam PRK.

“Proses pemecatan saya juga tidak dijalankan dengan betul dan juga dipertikaikan,” katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita PKR.

Menurut Syarul Ema, amat malang sekali dalam keadaan rakyat Malaysia berdepan pandemik Covid-19, PKR melalui pejabat Setiausaha Agung parti masih lagi bermain politik dan mengeluarkan surat pemecatan tanpa sebarang sebab.

“Sekurang-kurangnya nyatakan atau jelaskan dalam surat amaran supaya saya boleh mempertahankan diri saya sebelum tindakan pecat diambil,” katanya yang berpandangan bahawa Lembaga Disiplin parti itu gagal bersikap adil.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PKR, Haniza Talha yang menurut beliau telah banyak mendidik dan membantunya sepanjang tempoh menjadi anggota parti itu. – MalaysiaGazette

 

 

7 Komen

  1. Padam muka ko..itu lh ..pkr ni parti tak ada hala tuju dlm ngra lh..ko pilih pkr wat apa…pkr sama je dgn prsiden nya yg tak ada hala tuju hidup..

  2. U kan ratu naga.. Fire je la kepala president PKR tu biar rentung… Adoii.. Hilang title ratu klu mcm ni..

  3. haha
    padam muka
    PKR ni parti huru hara
    parti carca marba
    parti menteri syok sendiri

Comments are closed.