TERKINI : Bazar Ramadhan Tiada Masalah, Tetapi Pelanggan Yang Berhimpun – Dr Noor Hisham

Bagi mengawal keberadaan orang ramai di bazar Ramadan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata cadangan bagi melaksanakan e-bazar adalah cadangan terbaik.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaksanaan e-bazar Ramadan ini dilihat lebih terkawal bagi mengelak kehadiran pelanggan dalam jumlah yang ramai.