TERKINI : Bomba Masuk IPD Gombak Lakukan Sanitasi Nyah Cemar – Samsol Maarif

Balai polis dan ibu pejabat polis daerah (IPD) tidak terkecuali untuk menjalani proses sanitasi nyah cemar daripada jangkitan wabak Covid-19 susulan pejabat pasukan keselamatan itu sering kali dikunjungi orang ramai untuk pelbagai urusan.

Menurut Ketua Balai Bomba Daerah Gombak, Samsol Maarif Saibani, langkah pembasmian kuman itu dilakukan di kawasan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menjamin keyakinan anggota polis dan rakyat ketika berurusan di sana.

“Balai polis ataupun IPD adalah satu tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai untuk selalu datang ke kawasan balai ataupun pejabat yang berurusan dengan pihak polis.