Ekoran keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India dan kawasan-kawasan sekitarnya bermula hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata sejumlah 513 sampel telah diambil daripada penduduk kawasan itu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sampel itu kini menunggu keputusan samada terdapat kes positif Covid-19 di kawasan itu.