KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan baru-baru ini untuk dibuka rendah pagi ini berikutan pengambilan untung di tengah-tengah prestasi lemah semalaman di Wall Street.
Pada 9.02 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 9.49 mata kepada 1,378.3 daripada penutup semalam, 1,387.79.
Indeks utama dibuka 5.83 mata lebih rendah kepada 1,381.96.
Terdapat 103 kaunter untung berbanding 164 kaunter rugi, sementara 173 kaunter tidak berubah, 1,464 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.
Jumlah dagangan berada pada 166.65 juta bernilai RM47.45 juta.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM7.60, Tenaga merosot enam sen kepada RM12.18, Public Bank rendah lapan sen kepada RM15.76, IHH Healthcare menyusut satu sen kepada RM5.22, dan Petronas Chemicals 18 sen lebih rendah kepada RM5.24.
CIMB naik satu sen kepada RM3.57, sementara Maxis tidak berubah kepada RM5.30.
Kaunter aktif, Xidelang naik 1.5 sen kepada 8.5 sen, Hibiscus susut 1.5 sen kepada 46 sen, sementara Hubline dan Metronic tidak berubah dengan masing-masing pada lima sen dan 2.5 sen. – BERNAMA