Home Nasional Jenayah siber dan multimedia meningkat ketika PKP di Selangor

Jenayah siber dan multimedia meningkat ketika PKP di Selangor

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew selepas sidang media berkenaan Ops-Covid 19 Fasa 3 hari ke-3 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 16 APRIL 2020.

SHAH ALAM – Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk jenayah siber dan multimedia di Selangor menunjukkan peningkatan sehingga 53.8 peratus berbanding tahun lalu.

Menurut jurucakap Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, sebanyak 467 kes direkodkan pada tahun ini berbanding 184 kes pada tahun lalu.

“Jenayah siber dan multimedia ini melibatkan urusniaga e-dagang, penipuan telekomunikasi dan salah guna media sosial di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi jenayah penipuan telekomunikasi berlaku peningkatan sebanyak 25.49 peratus berbanding 2019.

“Statistik penipuan dalam talian ini meningkat kepada 128 kes pada tahun berbanding 102 kes pada 2020,” katanya.

Bagi penipuan pinjaman tidak wujud (PTW) pula, berlaku peningkatan sebanyak 9.1 peratus berbanding tahun lepas.

“Sebanyak 72 kes direkodkan bagi jenayah ini pada tahun ini berbanding 66 kes pada tahun lepas,” katanya.

Selain itu, penipuan e-dagang juga meningkat sebanyak 189.36 peratus setakat April 2020 berbanding tahun lepas.

“Sebanyak 136 kes direkodkan pada tahun ini berbanding tahun lepas hanya direkodkan sebanyak 47 kes pada tahun ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette