KUALA LUMPUR – AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan bermula dengan Malaysia pada 29 April 2020, diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (1 Mei 2020), India (4 Mei 2020) dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Penyambungan semula perkhidmatan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.
Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.
Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam berkata, syarikat penerbangan itu telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh daripada perlepasan sehingga dalam penerbangan berikutan pandemik Covid-19.
”Kami juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan bahawa semua langkah pencegahan yang disarankan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.
“AirAsia mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami. Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan. Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.”
Para penumpang dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.
Menurutnya, semua pesawat yang dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.
Para penumpang dinasihatkan untuk menyemak Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia di airasia.com dan platform media sosial. Para tetamu juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini. – MalaysiaGazette
Penerbangan ke kota kinabalu Sabah open juga ke.
sya booking