Home Seni Hidup Beri sokongan moral kepada petugas barisan hadapan

Beri sokongan moral kepada petugas barisan hadapan

Datuk Abdul Fatah Iskandar (kanan) menyampaikan bantuan makanan dan peralatan keselamatan kepada kakitangan Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang di Kuala Langat hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas wakil rakyat, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan kerjasama Lion Club Kuala Langat meneruskan usaha murni memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain memberi bantuan kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan pandemil Covid-19 itu, mereka juga menyumbangkan makanan, topeng muka dan sarung tangan kepada kakitangan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang dekat sini hari ini.

“Sumbangan tidak seberapa kami ini bagi memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dan memberi sokongan moral. Mereka perlu tahu rakyat bersama mereka untuk menangani Covid-19,” ujar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Abdul Fatah Iskandar (kanan) menyampaikan bantuan makanan dan peralatan keselamatan kepada kakitangan Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang di Kuala Langat hari ini.

Sebelum itu, Abdul Fatah menyumbangkan bekalan yang sama kepada anggota polis yang bertugas di Ibupejabat Polis Kuala Langat dan beberapa pihak yang bertugas sebagai pasukan barisan hadapan.

Beliau seterusnya menasihati orang ramai terutama penduduk sekitar Kuala Langat supaya mematuhi arahan pihak berkuasa supaya duduk di rumah sepanjang PKP dan berdoa penularan pandemik itu dapat diatasi seberapa segera.- MalaysiaGazette