LONDON – Berita gembira buat Manchester United apabila Aston Villa sedia melepaskan Jack Grealish dengan harga yang lebih berpatutan.
Evening Standard melaporkan United pasti akan membeli Grealish kerana harga pemain tengah dijangka turun.
Menurut laporan itu, Villa terpaksa menurunkan harga penjualan Grealish pada musim panas ini kerana faktor ekonomi yang dipengaruhi oleh virus Covid-19 dan telah membuatkan kewangan kelab tidak seimbang dan cenderung negatif.
Ini memaksa Villa memutuskan untuk menurunkan harga Grealish agar pemain itu dapat dijual dengan cepat.
Kelab itu dijangka menurunkan harga Grealish sebanyak 25 peratus yang pada mulanya berharga 80 juta pound.
Namun kali ini, Villa sedia mengurangkan harga penjualan pemain itu kepada hanya 60 juta pound.
Mereka berharap Manchester United dapat segera membuat tawaran untuk playmaker dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan akan melakukan tiga hingga empat pembelian pada musim panas ini.
Dia menganggap pasukannya memerlukan beberapa pemain berkualiti untuk menjadi pencabar kejuaraan liga pada musim depan.
Satu nama yang sering dikaitkan adalah Grealish.
Pembelian pemain itu dianggap dapat memberikan dimensi baru pada serangan Red Devils pada musim depan. – MalaysiaGazette