Home Ekonomi Harga petrol kekal, diesel turun 3 sen

Harga petrol kekal, diesel turun 3 sen

Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 18 April-24 April 2020

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM1.55 seliter dan RM1.25 seliter bagi tempoh 18 April sehingga 24 April ini.

Bagaimanapun, harga runcit diesel mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM) turun tiga sen menjadikannya RM1.43 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- MalaysiaGazette