KUALA LUMPUR – Enam agensi hari ini bekerjasama melaksanakan sanitasi di Zoo Negara di Hulu Kelang yang merupakan antara lokasi tumpuan orang ramai sebelum ini.
Seramai 70 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Alam Flora dan SWCorp terlibat dalam kerja-kerja menyah cemar itu.
Ia turut disertai oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Bermula dengan taklimat pergerakan pada pukul 9.30 pagi yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba I, Pejabat Zon 4, Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, anggota-anggota itu kemudian dibahagi kepada dua kumpulan bergerak di dalam Zoo Negara pada pukul 10 pagi.
Media turut diingatkan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan menjaga jarak antara satu sama lain.- MalaysiaGazette