Sebanyak 334 tangkapan termasuk warga asing dibuat Kontinjen Polis Selangor pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ke-3 setakat jam 12 tengah malam tadi.
Jurucakap Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, kesemua tangkapan itu dibuat merangkumi sekatan jalan raya (SJR) dan pemeriksaan mengejut di beberapa lokasi tumpuan.