KUAKA LUMPUR – Tan Sri Abdul Wahid Omar menzahir rasa berbesar hati atas pelantikannya sebagai Pengerusi Bursa Malaysia Berhad.
”Alhamdulillah, saya amat berbesar hati menerima pelantikan sebagai Pengerusi Bursa Malaysia Berhad,” katanya kepada MalaysiaGazette
Menurut beliau, Bursa Malaysia sangat dekat dihatinya kerana pernah menyumbangkan perkhidmatan sebagai Pengarah Bebas selama tujuh tahun (2004-2011).
Beliau turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya, Abdul Wahid berharap dapat bekerjasama dengan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan dan pihak yang berkepentingan dan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi terdahulu, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen .
Beliau turut berikrar untuk memacu Bursa Malaysia sebagai sebuah syarikat pasaran induk yang pelbagai, inovatif dan mampan ke arah mencapai wawasannya untuk menjadi pasaran terulung ASEAN yang bertanggungjawab dan mempunyai jalinan hubungan di peringkat global.
Semalam, Bursa Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Abdul Wahid sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharunya.
Pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mei ini. – MalaysiaGazette
Abdul Wahid dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia