BUENOS AIRES – Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo meminta Manchester United untuk membenarkannya melanjutkan tempoh pinjaman di kelab di kampung kelahirannya, Estudiantes.
Januari lalu, United meminjamkan Rojo kepada Estudiantes dengan tempoh pinjaman enam bulan sehingga Jun ini.
Namun, sehingga kini Rojo hanya berpeluang muncul sekali bersama Estudiantes kerana pemain itu mengalami kecederaan dan liga dihentikan pada bulan Mac kerana wabak virus Corona.
Rojo menegaskan dirinya tidak mahu bermain sekali sahaja dan kemudian kembali ke Old Trafford.
Oleh kata, pemain pertahanan berusia 30 tahun itu, dia membuat permintaan kepada United kerana yakin sudah pulih dan benar-benar cergas untuk beraksi.
“Saya akan bercakap dengan pengurusan Manchester United mengenai kemungkinan tinggal di sini selama enam bulan lagi.
“Saya akan kecewa jika terpaksa kembali setelah hanya bermain beberapa kali. Sekarang saya pulih sepenuhnya dan cergas untuk kembali bermain,” kata Rojo kepada Estudiantes Y Su Gente. – MalaysiaGazette