LONDON – Pemain pertahanan kiri Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dilaporkan telah menyumbang 20,000 sarung tangan kepada salah satu negara Afrika, Republik Demokratik Congo.
Sumbangan yang diedarkan secara percuma itu adalah cara bagi Wan-Bissaka untuk membantu mencegah virus Covid-19.
Congo bukanlah negara asing untuk pemain yang dibeli dari Crystal Palace itu kerana ayahnya, Ambrose adalah orang yang dilahirkan di negara Afrika Tengah itu.
Ketika, Congo mencatatkan kes positif 254 dan 21 kes kematian.
Laporan The Sun berkata, bek kanan ini itu gembira dapat membantu orang Congo melawan virus Covid-19 dan optimis wabak ini akan segera berakhir.
“Saya bernasib baik kerana ada orang di luar sana yang tidak dapat melindungi diri mereka dengan baik atau tidak mendapat akses kepada sesuatu semasa krisis ini,” kata pemain yang digelar Spider itu.
Selain memberikan bantuan kepada masyarakat Congo, Wan-Bissaka sebelumnya juga aktif dalam kegiatan amal melawan krisis virus Corona.
Salah satunya adalah membuat sumbangan melalui kempen #FootballUnited bersama-sama dengan pemain Chelsea, Reece James dan sayap Burnley, Dwight McNeil. – MalaysiaGazette